CCG Iring, Pantau dan Kawal Kapal Filipina di Sekitar Sabina Shoal

2024-08-05 16:14:14  CRI
Share with:

Bot peronda milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina dan beberapa kapal nelayan berkumpul dan belayar di kawasan perairan di mana kapal pengawal pantai Filipina No.9701 terkandas secara haram di Sabina Shoal sejak 3 Ogos lalu.


Pengawal Pantai China (CCG) telah mengerahkan kapal mengiring, memantau dan mengawal kapal-kapal Filipina tersebut mengikut undang-undang.


Jurucakap CCG, Gan Yu menyatakan, China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha serta kawasan perairan sekitarnya termasuk Sabina Shoal. 


"Tindakan kapal Filipina terkandas secara haram di Sabina Shoal mencabuli kedaulatan serta hak dan kepentingan maritim China, membelakangi Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), dan menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan. 


"CCG akan terus menjalankan penguatkuasaan di wilayah perairan pentadbiran China, dengan tegas membela kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim negara," kata Gan Yu.