Sesi Propaganda Huraikan Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
Delegasi pusat mengadakan sesi propaganda di pelbagai tempat di China, menghuraikan semangat Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) dan mengadakan pertukaran pandangan dengan rakyat tempatan.
Anggota delegasi tersebut, yang juga Ketua Setiausaha Suruhanjaya Urusan Politik dan Undang-undang Jawatankuasa Pusat PKC, Yin Bai menyertai sesi propaganda di Nanning, memberikan huraian terperinci tentang semangat sidang pleno tersebut.
Beliau telah mengupas ucapan penting Xi Jinping, serta kaedah untuk memahami dan melaksanakan Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China.