“Tanglung Ikan” Mendapat Pernafasan Baharu di Xitou

2024-08-06 13:03:42  CRI
Share with:


Pekan Xitou kaunti She di bandar Huangshan provinsi Anhui terkenal dengan satu adat resam yang bersejarah lebih 600 tahun, iaitu menghasilkan “tanglung ikan”.


Sejak akhir-akhir ini, adat resam yang tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara itu sudah mendapat pernafasan baharu sehingga berubah menjadi satu industri yang semakin makmur. Produk tanglung yang berbentuk ikan itu mempunyai warna dan saiz yang berbeza-beza,   dan sebagai karya kesenian tradisional sudah mula dipasarkan dalam kalangan pelancong selain digunakan untuk persembahan dan pameran.