Meriahnya Suasana Pukat Ikan di Tasik Ulungur

2024-08-06 11:51:25  CRI
Share with:

Susulan berakhirnya tempoh moratorium selama empat bulan, suasana di Tasik Ulungur di utara wilayah Xinjiang kembali meriah apabila nelayan tempatan mula memukat berjenis-jenis ikan.

Terletak di bahagian utara Lembangan Junggar, Tasik Ulungur merupakan salah satu daripada sepuluh tasik air tawar yang terbesar di China.

 

Tasik yang kaya dengan sumber ikan itu merupakan antara penyumbang utama kepada pengeluaran perikanan di Xinjiang.