China, Switzerland Bertukar Pendapat Mengenai Isu Palestin
China berhasrat agar pelbagai puak Palestin dapat mewujudkan solidariti dan penyatuan bangsa serta mewujudkan penubuhan negara yang merdeka dengan seawal mungkin berdasarkan perdamaian dalaman.
Demikian dinyatakan utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Switzerland, Wolfgang Amadeus Brulhart menerusi telefon pada Isnin.
"China juga bersedia bersinergi dengan Switzerland untuk terus memberi sumbangan positif bagi mendorong kedamaian dan kestabilan di rantau itu," kata Zhai.
Sementara itu, Brulhart merakamkan tahniah dan penghargaan kepada usaha pengantaraan China yang berjaya menganjurkan dialog perdamaian antara 14 puak Palestin dan membantu mereka menandatangani 'Deklarasi Beijing' untuk menamatkan perpecahan dan memperkasa solidariti dalaman Palestin.
Brulhart menegaskan, Switzerland berpendirian sama dengan China mengenai perdamaian dalaman Palestin dan menganggap pelbagai puak Palestin memegang pendirian yang bersatu dan melantangkan suara secara sama sebagai prasyarat bagi mewujudkan formula 'penyelesaian dua negara' sepanjang proses menangani isu Palestin.