Stesen Pengecas Pantas Semakin Banyak di Shenzhen

2024-08-07 13:04:03  CRI
Share with:

Rangkaian perkhidmatan stesen pengecas pantas jenis ‘super’ menjadi semakin lengkap di bandar Shenzhen pada masa ini, yang dilihat bertepatan dengan matlamat pembinaan "bandar pengecas super".

Setiap kenderaan elektrik bateri untuk kegunaan isi rumah boleh dicas 80% kapasitinya atau lebih dalam 10 minit atau kurang, dengan menggunakan unit pengecas pantas jenis ‘super’.


Terdapat sebanyak 362 stesen pengecas super yang sudah siap dibina di bandar Shenzhen setakat 30 April lalu.