Kenapa Wajah Atlet AS Berubah Jadi Ungu? Apa Yang Disorokkan Mereka?
Baru-baru ini atlet Denmark, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila memenangi pingat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik Paris. Manakala atlet Thailand, Kunvalut Vitisarn telah menggagalkan misi emas Shi Yuqi dari China dan Lee Zi Jia dari Malaysia, memenangi pingat emas. Sebelum ini nama Lin Dan serta Datuk Lee Chong Wei kerap disebut-sebut sebagai jaguh badminton dunia, manakala Axelsen masih lagi berlatih memperkuatkan stamina dan mengukuhkan strategi perlawanan. Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Namun inilah keindahan sebenar dalam arena sukan.
Bagi acara renang, dapat dilihat atlet China mula mencabar dominasi Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang sebelum ini menguasai sukan di kolam renang. Namun selepas kehebatan yang dipamerkan atlet China, kedua-dua negara dilihat mula goyah dan kurang keyakinan untuk merebut gelaran juara pada sebarang kejohanan pada masa depan. Apa yang mereka buat? Kini mereka cuba cipta berita ‘sensasi’ untuk menjatuhkan skuad renang China.
Selepas atlet China Pan Zhanle mempamerkan aksi memukau bagi memenangi pingat emas acara 100 meter gaya bebas lelaki, sekali gus memperbaharui rekod dunia, Brett Hawke yang merupakan bekas atlet renang Olimpik Australia dan jurulatih pasukan negara itu menerusi akaun media sosialnya mendakwa, tidak mungkin Pan Zhanle berjaya menewaskan Kyle Chalmers dari Australia dengan jarak yang begitu jauh dalam acara ini. Pan mencatat 46.40 saat manakala Kyle mencatat 47.48 saat, sekali gus memperoleh pingat perak bagi acara tersebut.
Jika dilihat pencapaian terbaik Brett Hawke dalam Sukan Olimpik yang disertainya, hanyalah sekadar menduduki tempat ke-6, jauh jika ingin dibandingkan dengan pencapaian Pan Zhanle. Manakala dalam kerjayanya sebagai jurulatih, hanya berjaya melatih seorang atlet yang memenangi pingat emas dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki pada Sukan Olimpik Beijing. Atlet tersebut bukanlah dari Australia atau AS sebaliknya adalah atlet berkulit putih dari Brazil. Persoalannya, jika mereka boleh, takkan lah atlet Asia tidak boleh? Ini bukanlah profesionalisme tetapi rasisme.
Kumpulan Media China (CMG) ada mendedahkan temu ramah bersama Pan sebelum Sukan Olimpik Paris. Ketika itu Pan memberitahu wartawan bahawa rata-rata mengetahui rekod dunia yang diciptanya pada Kejuaraan Dunia FINA adalah 46.8 saat, namun katanya rekod itu mampu dipecahkan sehingga 46.5 saat. Bagaimanapun dia meminta CMG untuk tidak menyiarkan temu ramah tersebut sebelum pertandingan berlangsung kerana ia merupakan “senjata rahsia”. Bukan itu sahaja, selepas memperoleh pingat emas acara 100 meter gaya bebas lelaki, Pan turut membantu skuad renang China menamatkan rekod tanpa kalah AS selama 64 tahun bagi acara 4x100 meter rampaian lelaki. Sekali gus memperlihatkan pencapaian luar biasa skuad China di kolam renang.
Hakikatnya ramai atlet yang berbakat seperti Pan Zhanle muncul bagi sukan renang, seperti Ian James Thorpe dari Australia dan Michael Phelps dari AS. Michael Phelps memenangi 8 pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing, malah China turut memberi sorakan dan tepukan yang gemuruh kepada atlet ini. Bagaimanapun dalam sesi soal jawab bersama Kongres AS pada bulan Jun lalu, mereka dilihat senada dengan media utama dan menyeru AS untuk tidak terlalu bergantung kepada Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan patut melaksanakan lebih banyak ujian anti-doping ke atas atlet renang China.
Yang menariknya, sikap Michael Phelps kelihatan berubah sedikit baru-baru ini. Merujuk kepada pencapaian Pan Zhanle dalam Sukan Olimpik kali ini, Phelps menyatakan bahawa keadaan yang dihadapi oleh Pan serupa dengan apa yang dihadapinya ketika dia mencipta rekod pada 2008. Baginya pencapaian Pan adalah luar biasa, justeru mereka tidak patut mengkritik sesiapa pun. Malah Phelps berkata China juga turut mengadakan pemeriksaan seperti menggunakan mikroskop ke atas atlet-atletnya.
Perubahan ini mungkin kerana disebabkan oleh segala berita sensasi yang sengaja dicipta Barat untuk skuad China akhirnya kebakaran atlet AS sendiri. Baru-baru ini penonton mendapati warna muka semua atlet renang AS berwarna ungu selepas acara 100 meter gaya kupu-kupu perempuan berlangsung. Pada acara tersebut, atlet AS Torri Huske memenangi emas, Alex Walsh memenangi perak manakala atlet China, Zhang Yufei memenangi gangsa.
Ada “pakar” berpendapat situasi tersebut berlaku kerana atlet tersebut berlatih dengan begitu kerap dan intensif dalam jangka masa pendek. Namun persoalannya, warna muka atlet negara lain yang mengikuti acara sama tidak bertukar menjadi warna ungu seperti atlet AS. Bahkan warna muka atlet-atlet AS yang menyertai acara tersebut tidak bertukar kepada ungu pada kejohanan-kejohanan lain yang disertai mereka sebelum Sukan Olimpik Paris.
Selain itu, ada seorang vlogger asing yang membantah “penjelasan profesional” yang mengatakan bahawa Torri Huske yang mewakili skuad AS yang memenangi pingat emas adalah berketurunan Cina, ekoran ibunya berpindah ke AS kira-kira 30 tahun lalu. Wajahnya mirip dengan orang China. Namun persoalannya, kenapa wajah Torri juga menjadi ungu seperti atlet AS yang lain? Manakala Zhang Yufei dari China yang memenangi pingat gangsa dan atlet-atlet dari negara lain, tidak bertukar warna seperti atlet AS? Jadi siapa yang menggunakan “ubat” tertentu?