Wakil China, Indonesia Bincang Krisis Ukraine
Wakil khas kerajaan China bagi hal ehwal Eurasia, Li Hui mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Amerika dan Eropah Kementerian Luar Indonesia, Umar Hadi di Indonesia pada Selasa.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang krisis Ukraine.
Li Hui berkata, peperangan antara Rusia dan Ukraine masih menghadapi risiko untuk memburuk dan merebak, dan adalah mustahak bagi pelbagai pihak untuk bekerjasama bagi meredakan ketegangan situasi.
Beliau menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama Indonesia berpegang kepada Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai dan menyemarakkan "Semangat Bandung", menyumbang kepada penyambungan semula dialog langsung antara pihak-pihak terbabit.
Umar Hadi memuji peranan China dalam mendorong penyelesaian krisis Ukraine melalui saluran politik, dan memberi penilaian tinggi terhadap "enam konsensus China-Brazil".
Beliau menekankan bahawa Indonesia bersedia bersama-sama China dan pihak-pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian krisis itu.