Hari Liqiu: Aura Musim Luruh Bakal Dirasai
2024-08-07 14:19:21 CRI
Hari Liqiu yang jatuh pada 7 Ogos tahun ini merupakan bermulanya penggal ke-13 dalam ‘24 Hari Solar’ mengikut kalendar tradisional Cina.
Hari Liqiu menandakan permulaan musim luruh dan tempoh menuai bakal menjelang tiba.
Selain memilih makanan daging untuk menambah khasiat, rakyat China juga suka makan buah tembikai sempena hari itu untuk membantu mengurangkan kepanasan.
Berjenis-jenis buah segar seperti epal dan anggur juga dijadikan sajian biasa sebagai harapan supaya tuaian lumayan dan kemakmuran dapat dikecapi kelak.