China Seru Solidariti dan Sinergi Global Basmi Keganasan dari Akar

2024-08-09 12:15:42  CRI
Share with:

China menyeru supaya semua negara di seluruh dunia memperkasakan kolaborasi di peringkat nasional, serantau dan global, sekali gus berganding bahu menghadapi situasi antikeganasan yang kompleks dan genting.


Seruan itu dibuat menerusi Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika menyampaikan ucapan dalam sesi mesyuarat anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai ancaman ditimbulkan kumpulan militan Daesh terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa di Geneva pada Khamis.


Geng menekankan, pelbagai negara harus bertindak menjana impak sosial dalam senario global dan membentuk sinergi secara maksimum.


"Antikeganasan tidak boleh dipergunakan sebagai alat dalam pertarungan antara kuasa besar dan taruhan dalam geopolitik, apatah lagi tidak boleh dijadikan alasan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain."


"Semua negara harus berpegang kepada konsep keselamatan bersama, menolak sifat prejudis dari segi ideologi, amalan dwistandard dan antikeganasan secara selektif, supaya setiap negara boleh mendapat jaminan keselamatan yang patut dihormati," tegas Geng.


Beliau menunjukkan bahawa keganasan adalah mustahil dihapuskan secara sepenuhnya dengan hanya bergantung kepada tindakan ketenteraan merupakan satu fakta yang sudah terbukti berkali-kali.


"Hanya dengan menangani isu keganasan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik, sosiobudaya dan agama, barulah kita dapat membasminya secara tuntas, dan mencapai kemenangan muktamad dalam perjuangan antikeganasan," kata naib wakil tetap itu.