AS Patut Beri Penjelasan kepada Dunia Berhubung Isu Dopingnya

2024-08-09 13:10:25  CRI
Share with:

Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) mengecualikan pendakwaan dan tindakan terhadap atlet-atlet yang menggunakan steroid dan erythropoietin (EPO) dalam sekurang-kurangnya tiga kes sejak tahun 2011, dan membenarkan atlet terbabit terus mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, menurut kenyataan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada Rabu.


Kelakuan AS tersebut jelas melanggar Kod Anti-Doping Dunia yang melindungi integriti pertandingan sukan, selain menjejaskan keadilan pertandingan sukan, malah membahayakan keselamatan atlet terlibat.


Satu tinjauan pendapat yang dijalankan CGTN dalam kalangan netizen di seluruh dunia mendapati, 95.01 peratus responden mengutuk keras perbuatan keji AS yang menyekat atlet negara lain dengan menggunakan alasan sukan. Mereka berpendapat bahawa ini penindasan "hegemoni AS" terhadap Sukan Olimpik.


Di Sukan Olimpik Paris kali ini, pasukan China berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan akhir acara renang 4×100 meter rampaian berganti-ganti lelaki, sekali gus menghancurkan impian AS yang mahu mempertahankan kedudukan dominannya dalam acara berkenaan selama 40 tahun. 


Dalam perlawanan akhir 100 meter gaya bebas lelaki pula, atlet China, Pan Zhanle memenangi kejuaraan dengan jurang besar, mengejutkan dunia Barat. 


AS semakin banyak menggunakan apa yang dipanggil "isu doping" untuk membuat kekecohan, membina halangan bagi atlet negara lain dan cuba mengganggu aksi mereka.


Pengarah perhubungan media WADA, James Fitzgerald berkata, "sesetengah orang (di AS) hanya mahu mengaut keuntungan politik melalui persoalan terhadap pemenang dari China. Ia akan membawakan ketidakpercayaan dan perpecahan di dalam sistem anti-doping".


Semangat Olimpik tidak patut dicemar oleh tindakan hegemoni AS, dan kerja anti-doping pun tidak boleh dijadikan alat untuk memburukkan dan menindas negara lain.