Walau Positif Ujian Doping, Atlet AS Kekal Diberi Lampu Hijau ke Pertandingan Sukan
Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam kenyataan pada malam 7 Ogos berkata, Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) membenarkan atletnya yang menggunakan doping untuk menyertai pertandingan sukan adalah tindakan yang melanggar Kod Anti-Doping Dunia dan peraturan USADA sendiri.
WADA yang beribu pejabat di Montreal, Kanada mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons terhadap satu laporan yang mendedahkan tindakan USADA tersebut pada awal hari berkenaan.
Carl Lewis, pemenang sembilan pingat emas Sukan Olimpik mengakui dirinya positif ujian doping sebanyak tiga kali menjelang Sukan Olimpik Seoul pada 1988, namun beliau terus diberi lampu hijau untuk menyertai temasya sukan itu.
Justin Gatlin yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens juga mengakui beliau dua kali positif ujian doping. Pelari pecut itu patut dilarang untuk menyertai apa sahaja perlumbaan seumur hidup, namun USADA mengurangkan tempoh larangannya kepada empat tahun.
Selain kes-kes yang telah didedahkan, WADA juga memastikan sekurang-kurangnya tiga kes atlet AS yang dibenarkan menyertai pertandingan sukan walaupun melanggar peraturan anti-doping selama bertahun-tahun.