Sesi Propaganda Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC di Xizang, Gansu

2024-08-11 15:07:48  CRI
Share with:

Ahli delegasi pusat mengadakan sesi propaganda di Wilayah Autonomi Xizang dan provinsi Gansu China, menghuraikan semangat Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) dan mengadakan pertukaran pandangan dengan rakyat tempatan. 


Ahli delegasi tersebut, yang juga Naib Ketua Pengarah Pejabat Pengajian Polisi Jawatankuasa Pusat PKC, Tian Peiyan menyatakan bahawa dasar pembaharuan dan pintu terbuka menyediakan sistem teori dan strategi yang semakin sempurna kepada modenisasi ala China. 

Beliau berkata, sistem institusi dan asas material yang kukuh membolehkan modenisasi ala China mempunyai ciri-ciri tersendiri, keunggulan ketara, dan masa depan yang semakin indah.