Tentera China Usir Pesawat Filipina Mengikut Undang-Undang
Sebuah pesawat model NC-212 milik Tentera Udara Filipina tidak mempedulikan amaran yang diberikan pihak China berulang kali, berkeras menceroboh masuk ke ruang udara di Kepulauan Huangyan China pada Khamis.
pesawat Filipina itu menjejaskan latihan rutin pihak China.
Oleh itu, Kawasan Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengerahkan tentera laut dan udara ke kawasan tersebut, memeriksa, mengenal pasti, mengiring dan memantau pesawat Filipina, selain memberikan amaran dan mengusir pesawat terbabit mengikut undang-undang China.
Kawasan Medan Selatan PLA dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui media sosial berkata, kelakuan tentera China tersebut adalah profesional, patuh akan prosedur, wajar dan berasaskan undang-undang.
"Kami mengingatkan pihak Filipina supaya menghentikan tindakan pencabulan dan provokasi dengan serta-merta.
"China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Huangyan dan kawasan perairan sekitarnya.
"Kawasan Medan Selatan berada dalam keadaan bersiap siapa pada bila-bila masa, dan akan dengan tegas mempertahankan kedaulatan negara serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.