Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" Diadakan di Kemboja

2024-08-11 15:11:29  CRI
Share with:

Dialog global bertemakan “Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG), Kedutaan Besar China di Kemboja, dan Institut Diraja Kemboja telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.  


Seramai lebih 300 tetamu mengadakan pertukaran mendalam mengenai erti Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) kepada dunia khususnya Kemboja, serta pengalaman China dalam memperkasakan pembaharuan komprehensif dan modenisasi ala China kepada Kemboja. 

Duta Besar China di Kemboja, Wang Wenbin berkata pembangunan sosioekonomi yang berkualiti tinggi dan tahap keterbukaan yang tinggi, dipercayai akan memberikan lebih banyak peluang kepada pelbagai negara di dunia termasuk Kemboja.

Menurut beliau, China bersedia berkongsi pengalaman dengan masyarakat antarabangsa termasuk Kemboja dalam tadbir urus negara, mengikuti jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri,  berkongsi faedah pembangunan dan berganding bahu merealisasikan matlamat modenisasi masing-masing.