Sumber Hidupan Akuatik di Sungai Yangtze Bertambah Baik
Sumber hidupan akuatik di Sungai Yangtze menunjukkan trend pemulihan baik pada keseluruhannya sejak pengkuatkuasaan perintah larangan perikanan di sungai tersebut.
Demikian menurut laporan yang dikeluarkan bersama Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Kementerian Sumber Air, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, dan Kementerian Pengangkutan China hari ini.
Menurut laporan itu, biodiversiti hidupan akuatik di Sungai Yangtze bertambah baik.
Pada tahun 2023, spesies ikan asli yang ditemui di sungai itu merekodkan 227 jenis, bertambah 34 jenis berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, haiwan akuatik liar di bawah perlindungan negara bertambah 3 jenis dan mencatat sebanyak 14 jenis.