Nahas Udara Brazil: Data Kotak Hitam Diambil untuk Analisis Lanjut

2024-08-12 12:08:47  CRI
Share with:

Pusat Siasatan Kemalangan Penerbangan Brazil (CENIPA) telah berjaya mengambil semua data yang dirakam dalam dua kotak hitam pesawat penumpang yang terhempas berhampiran Sao Paulo.


Data berkenaan akan dihantar ke Brasilia untuk analisis lanjut, kata ketua CENIPA pada Ahad.


Pada masa sama, dua enjin pesawat terbabit akan diperiksa di Sao Paulo bagi mengenal pasti sama ada berlakunya enjin mati ketika kejadian.


Keputusan analisis dan pemeriksaan awal tersebut dijangka akan diumumkan dalam tempoh 30 hari.


Pada 9 Ogos, sebuah pesawat penumpang ATR-72 terhempas di Vinhedo sehingga mengorbankan kesemua 62 penumpang.