Beribu-ribu Burung Hijrah Singgah di Tanah Paya Jiangsu

2024-08-12 08:57:00  CRI
Share with:

Taman Tanah Paya Tiaozini yang terletak di bandar Yancheng, provinsi Jiangsu ialah kawasan teras daripada “Tempat Habitat Burung Hijrah di Pesisir Pantai Laut Kuning-Teluk Bohai China”.

Dalam beberapa tahun lalu, pihak berkuasa tempatan memperhebat pemuliharaan terhadap taman tersebut, sehingga persekitaran ekologi di sana terus dibaiki dan menarik lebih banyak burung hijrah berhabitat di tanah paya itu.


Untuk rekod, “Tempat Habitat Burung Hijrah di Pesisir Pantai Laut Kuning-Teluk Bohai China” diiktiraf sebagai warisan alam dunia oleh UNESCO pada Julai lalu.