Wang Yi Ucap Tahniah kepada Minggu China-ASEAN
Menteri Luar China Wang Yi menyampaikan perutusan tahniah kepada Minggu China-ASEAN 2024 yang dirasmikan di kota Changzhi, provinsi Shanxi pada Isnin.
Wang menzahirkan harapan agar platform itu dapat dioptimumkan untuk meneroka dan mengembangkan bidang baharu kerjasama China-ASEAN.
Menurut beliau, peluang yang dicetuskan oleh revolusi sains dan teknologi serta reformasi perindustrian pusingan baharu harus digunakan dengan sebaik mungkin, selain sinergi dibentuk untuk memupuk kuasa produktif kualiti baharu di rantau ini.
Ia diyakini akan memberi dorongan baharu kepada kestabilan dan kemakmuran serantau, di samping menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat, tambah Wang.