Lebih 75,000 Warga Palestin Kehilangan Tempat Tinggal di Barat Daya Gaza
Lebih 75,000 warga Palestin kehilangan tempat tinggal di barat daya Gaza dalam beberapa hari lalu, susulan pihak berkuasa Israel mengeluarkan perintah tambahan yang memaksa lebih ramai penduduk Gaza meninggalkan kawasan berkenaan.
Demikian dikatakan Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.
"Mereka pergi ke tempat-tempat yang sesak di mana tempat perlindungan sudah penuh dengan keluarga-keluarga. Mereka telah kehilangan segalanya dan memerlukan segalanya.
"Tidak seperti perang lain, penduduk Gaza terperangkap dan tiada tempat untuk pergi," kata Lazzarini.