Mengapa Prestasi Atlet China Dapat Pujian Ramai di Peringkat Global
Sukan Olimpik 2024 di Paris yang berlangsung selama 19 hari telah melabuhkan tirainya pada Ahad.
Dengan merangkul 40 pingat emas, 27 perak, dan 24 gangsa, kontinjen China untuk Sukan Olimpik Musim Panas ke-33 memahat pencapaian terbaik di luar negeri sejak negara ini mengambil bahagian secara komprehensif dalam Sukan Olimpik Musim Panas pada 1984, sekali gus memperoleh pencapaian gemilang dari segi kesukanan mahupun kerohanian.
Prestasi dan kejayaan sedemikian jelas mentafsirkan semangat kesukanan China dan semangat Olimpik, selain menjadi kad nama negara Tembok Besar, yang turut menggamit peminat yang tidak terkira banyaknya di peringkat global.
Mutakhir ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam satu temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata, dari pingpong hingga berenang, pencapaian atlet-atlet China dalam pelbagai acara sukan membuktikan China mempunyai keupayaan untuk memupuk atlet yang cemerlang, sambil mampu memotivasikan orang ramai.
Selaku pentas sukan peringkat tertinggi di dunia, Sukan Olimpik tidak menganggap persaingan sebagai satu-satunya kata kunci.
Ia itu juga merupakan "simbol perpaduan dan persahabatan, dan hasil saling belajar sesama tamadun", yang membawa cita-cita dan aspirasi umat manusia yang indah terhadap keamanan, solidariti dan kemajuan.
Apabila pemain badminton wanita China, He Bingjiao naik ke pentas untuk menerima anugerah dengan memakai lencana Jawatankuasa Olimpik Sepanyol, mengharapkan lawannya pada peringkat separuh akhir, Carolina Marín Martin yang terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan agar cepat sembuh, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyifatkan kelakuan He itu memperlihatkan makna nilai Olimpik yang mulia.
Pada majlis penyampaian anugerah untuk acara beregu campuran pingpong, pemain dari China, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan bersama-sama mengambil gambar. Ini juga mendapat pujian daripada ramai netizen.
Bagi rakyat di serata dunia, Sukan Olimpik dianggap sebagai satu jendela untuk mengenali pembangunan dan perubahan yang berlaku di China.
Daripada kontinjen China yang meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Los Angeles pada 1984 kepada kontinjen China menduduki ranking pertama dalam kutipan pingat emas pada kali ini, sepanjang empat dekad lalu, Sukan Olimpik sentiasa menyaksikan kemajuan dicapai China dalam sektor sukan kompetitif, peningkatan kekuatan komprehensif negara secara berterusan, dan sumbangan penting China bagi pembangunan Olimpik.