Tinjauan CGTN: Responden Kritik Amalan Perlindungan Perdagangan EU

2024-08-13 16:04:36  CRI
Share with:

Kerajaan China telah memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tindakan antisubsidi sementara oleh Kesatuan Eropah (EU) ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China, baru-baru ini.


Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan CGTN mendapati bahawa 87.5 peratus responden berpendapat tindakan EU menambah tarif tinggi tidak akan membantu untuk menghapuskan percanggahan dengan China, malah akan membawa impak negatif kepada industri automobil di negara-negara EU, bahkan dunia. 


Sementara itu, 78.42 peratus respoden percaya faktor kunci kepada pembangunan industri EV China yang pesat adalah persaingan pasaran yang penuh dan inovasi teknologi yang laju, bukannya bergantung kepada subsidi kerajaan.


Sebanyak 87.96 peratus responden memuji usaha China dalam memacu industri tenaga baharu termasuk sektor EV dan menganggap ia memberi sumbangan positif kepada ekonomi dunia dan pembangunan hijau di peringkat global.


Tinjauan pendapat itu dijalankan menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti 12,032 netizen dalam masa 24 jam.