China Seru 'Tiga Prinsip' Dipatuhi untuk Redakan Krisis Ukraine

2024-08-13 12:20:11  CRI
Share with:

China menyeru pelbagai pihak supaya mematuhi "tiga prinsip" bagi meredakan krisis Ukraine, iaitu "medan perang tidak diluaskan, pertempuran tidak dinaik taraf, dan situasi tidak ditegang sebarang pihak".


Seruan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China ketika diminta mengulas mengenai tentera Ukraine yang menyerbu masuk ke wilayah Rusia, pada Isnin.


Jurucakap itu menekankan bahawa China teguh dengan pendirian yang jelas dalam isu Ukraine.


Beliau berkata China komited terus mengekalkan komunikasi dengan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan konstruktif demi penyelesaian krisis secara politik.