China Punya Kedaulatan Tidak Boleh Dipertikaikan ke atas Pulau Huangyan
Pulau Huangyan adalah wilayah China. China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas pulau itu serta perairan dan ruang udara di sekitarnya.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Lin Jian sebagai respons terhadap kenyataan pihak Filipina berkatian pulau Huangyan, pada sidang media pada Selasa.
Terdahulu, Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Romeo Brawner mendakwa bahawa dua jet pejuang tentera udara China "melakukan tindakan berbahaya" apabila terbang melintasi pulau Huangyan pada 8 Ogos.
Pada 11 Ogos, Presiden Filipina Ferdinand Marcos pula mengutuk tindakan China tersebut sebagai "haram dan semberono".
Lin berkata, pesawat tentera Filipina dua kali menceroboh masuk ke ruang udara pulau Huangyan pada 7 dan 9 Ogos. Ia telah mencabuli kedaulatan China dan melanggar undang-undang antarabangsa serta norma asas hubungan antarabangsa.
Beliau menegaskan, tentera China telah mengambil langkah sewajarnya dengan mengikut undang-undang, dan tindakan berkenaan adalah profesional dan mengikut standard, serta selaras dengan undang-undang China dan undang-undang antarabangsa.
Namun, kegiatan Filipina yang menghantar jet pejuang menceroboh masuk ke ruang udara pulau Huangyan China semasa rondaan bersama dengan angkatan tentera udara Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada di Laut China Selatan merupakan tindakan provokasi yang berniat jahat dan mempunyai motif tersembunyi, kata jurucakap itu.