Tentera Udara China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama "Falcon Strike 2024"

2024-08-14 11:29:08  CRI
Share with:

Latihan bersama tentera udara China dan Thailand yang berkod "Falcon Strike 2024" akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thai di Udorn, pada bulan ini.


China akan menghantar pelbagai jenis pesawat dan pasukan khas untuk mengambil bahagian dalam latihan tersebut.


Tujuan latihan bersama itu adalah untuk meningkatkan kemampuan pertempuran angkatan tentera, sekali gus merapatkan lagi pertukaran dan kolaborasi antara tentera kedua-dua negara.