Hamas Ulangi Desakan Laksana Gencatan Senjata

2024-08-14 12:13:43  CRI
Share with:

Hamas sekali lagi mengulangi desakannya supaya perjanjian gencatan senjata langsung dilaksanakan tanpa sebarang rundingan lagi.

 

Seorang pegawai Hamas berkata, laporan media Amerika Syarikat (AS) mendakwa Hamas merancang untuk menyertai rundingan gencatan senjata di Gaza pada Khamis ini adalah tidak benar.

 

Menurut pegawai itu, pihaknya menerusi kenyataan memperjelas tuntutan mereka demi pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang telah pun dibincangkan semua pihak, bukan bermulanya rundingan pusingan baharu.