UNSC Bersidang bagi Bincang Situasi Gaza

2024-08-14 12:24:12  CRI
Share with:

China konsisten dalam pendirian bahawa gencatan senjata berkekalan yang diwujudkan serta-merta di Gaza merupakan kunci bagi mengelak situasi bertambah buruk.

 

Demikian ujar wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong semasa berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai situasi Gaza pada Selasa.

 

Fu berkata rakyat jelata dan kemudahan awam tidak boleh menjadi sasaran operasi ketenteraan dan ia merupakan garis merah yang ditetapkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Dilaporkan, Algeria meminta UNSC mengadakan mesyuarat tergempar susulan serangan pemusnahan yang dilancarkan Israel ke atas sebuah sekolah di Gaza pada 10 Ogos.

 

Naib Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik dan Pembinaan Keamanan, Rosemary DiCarlo menekankan betapa mendesaknya untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata, membebaskan tebusan, dan memperluas bantuan kemanusiaan ke Gaza.