Landskap China Semakin Menghijau Berkat Tindakan Perlindungan yang Pantas

2024-08-15 13:10:32  CRI
Share with:

15 Ogos 2024 merupakan hari ekologi kebangsaan China kedua. 


Ekosistem di merata tempat kelihatan menjadi baik dan berkualiti, sedangkan kepelbagaian biologi terus meningkat, hasil pelaksanaan kempen perlindungan dan rawatan terhadap ekologi yang dipergiatkan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Landskap yang tidak terhingga yang merangkumi padang rumput, gunung-ganang, sungai, laut dan sebagainya terserlah seperti koleksi lukisan yang indah di negara Tembok Besar. 

Menurut statistik berkenaan, setakat tahun 2023,  kadar liputan hutan terus meningkat di China, dan jumlah simpanan hutan buatan direkodkan 87.6 juta hektar, iaitu menduduki tempat pertama dalam ranking dunia.


Selain itu,  China juga menduduki tangga pertama dalam senarai global pada aspek kapasiti padang rumput yang mencecah 265 juta hektar, dan berada di tangga keempat dengan tanah paya miliknya yang berjumlah 56.33 juta hektar.

Sebanyak 49 zon yang tercalon untuk pembinan taman negara dipercayai dapat melindungi 80 peratus lebih sumber fauna dan flora liar serta habitat mereka.