China Bantah Ahli Parlimen Jepun Lawat Taiwan
China mengemukakan bantahan keras kepada Jepun susulan ahli parlimen negara itu termasuk bekas setiausaha agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Shigeru Ishiba melakukan lawatan mengejut ke Taiwan serta bertemu Lai Ching-te.
Jurucakap Kementerian Luar Lin Jian berkata China tegas menentang sebarang bentuk hubungan rasmi antara Taiwan dan negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China.
Beliau menegaskan, politikus Jepun berkenaan patut mengambil iktibar daripada sejarah dan menyedari fakta bahawa hanya ada satu China di dunia dan Taiwan merupakan sebahagian daripada China.
Jepun digesa agar mematuhi prinsip satu China dan empat dokumen politik serta berhenti menghantar isyarat salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.