Nilai Tambah Industri Berskala Besar China Naik 5.1 Peratus
Nilai tambah industri berskala besar China bagi Julai mencatat kenaikan sebanyak 5.1 peratus dari tahun ke tahun, menurut Biro Statistik Negara (NBS).
Jurucakapnya Liu Aihua dalam sidang media pada Khamis memaklumkan kadar itu menurun 0.2 mata peratusan berbanding bulan Jun.
Data NBS menunjukkan jualan runcit barang pengguna di seluruh negara mencecah 3.77 trilion yuan (RM2.33 trilion), meningkat 2.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Menurut jurucakap itu, operasi ekonomi China kekal stabil pada Julai dengan permintaan pengeluaran terus pulih manakala pasaran pekerjaan dan harga barangan kekal mantap pada keseluruhannya, selain menyaksikan daya penggerak baharu semakin kuat.