Chaikasem Nitisiri Calon PM Baharu Thailand

2024-08-15 13:51:31  CRI
Share with:

Bekas peguam negara Thailand, Chaikasem Nitisiri diumumkan sebagai satu-satunya calon perdana menteri bagi pilihan raya umum (PRU) 2024 yang bakal berlangsung pada 16 Ogos.


Chaikasem merupakan antara salah seorang calon perdana menteri dari parti Pheu Thai semasa PRU 2023.


Keputusan itu dibuat melalui perbincangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dengan pemimpin parti politik utama dalam gabungan pemerintahan termasuk parti Pheu Thai dan Bhumjaithai pada Rabu.


Ia menyusul Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dilucutkan jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar peraturan dengan pelantikan Pichit Chuenban dalam barisan Kabinetnya.


Dilaporkan, jawatan anggota Kabinet bagi penggal ini tidak akan diubah buat sementara waktu.