Jepun Patut Aku Salah, Ambil Iktibar

2024-08-16 16:53:03  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun yang juga Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Fumio Kishida dilaporkan mengirim sajian ritual kepada Yasukuni Jinja pada Khamis, selain kehadiran beberapa politikus antaranya Menteri Pertahanan yang menziarahi lokasi itu.


Pada masa sama, Hideo Shimizu, 94, bekas anggota Unit 731 tentera Jepun, tiba di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China untuk membuat pengakuan salah dan meminta maaf.


Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah tanpa syarat dalam Perang Dunia II.


Setiap kali tibanya tarikh penting seperti 15 Ogos, terdapat sekumpulan politikus sayap kanan Jepun yang secara terang-terangan melawat Yasukuni Jinja sebagai percubaan menghidupkan semula faham ketenteraan.

Di bawah dorongan kuasa sayap kanan, kandungan mengenai pencerobohan Jepun terhadap China sengaja dipadamkan daripada buku teks sejarah negara itu, manakala peristiwa seperti pembunuhan beramai-ramai di Nanjing dikecil-kecilkan sebagai 'Peristiwa Nanjing'.


Shimizu mengkritik kelakuan pihak berkuasa Jepun sebagai sungguh memberangkan kerana sama sekali tidak menghormati fakta sejarah dan enggan merenungkan tanggungjawab terhadap perang berkenaan.


Politikus Jepun mesti menyedari bahawa hanya dengan mengambil iktibar daripada sejarah dan memegang Perlembagaan Damai, barulah rekod hitam dalam sejarah dapat dibersihkan. 


Segala percubaan yang ingin menutup atau mengagungkan jenayah pencerobohan pasti akan menjadi sia-sia.