Aktiviti Sambut Hari Ekologi Negara di Fujian

2024-08-16 14:21:15  CRI
Share with:

Satu aktiviti tematik sempena Hari Ekologi Negara diadakan di bandar Sanming, provinsi Fujian, tenggara China pada Khamis.

 

Pelbagai atur cara turut disusun sepanjang aktiviti berkenaan, seperti sesi taklimat mengenai pencapaian penting dalam tamadun ekologi, seminar bertema pembinaan tamadun ekologi dan sebagainya.

Antara pengisian lain diselitkan dalam aktiviti tematik itu adalah pameran promosi produk ekologi yang membabitkan kira-kira 300 produk diproses dan 430 destinasi ekopelancongan.