China, Myanmar Ikrar Perdalam Kolaborasi

2024-08-16 09:57:14  CRI
Share with:

China bersedia bersinergi dengan Myanmar dalam memperkasa kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), melaksanakan dengan baik Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) serta Inisiatif Peradaban Global (GCI) ke arah memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.


Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Myanmar merangkap Menteri Luar, Than Swe di Naypyidaw pada Rabu.


Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyarankan kedua-dua pihak mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi bagi meningkatkan kesalingpercayaan politik, di samping aktif mendorong pembinaan koridor ekonomi.


Dua negara juga hendaklah memperkasa kerjasama keselamatan khususnya dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, sambil mempercepat kerjasama industri pertanian untuk membantu menambah baik kehidupan rakyat Myanmar.


Than Swe pula menzahirkan kesediaan pihaknya untuk mempererat pertukaran dengan China melibatkan segenap peringkat dan mempercepat pembinaan projek utama di bawah rangka koridor ekonomi.


Myanmar juga berhasrat memperdalam kerjasama membabitkan pertanian, tenaga dan pelancongan dengan negara Tembok Besar, sekali gus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara membuahkan lebih banyak hasil.