Xi, Lula Saling Utus Tahniah Jubli Emas Hubungan Diplomatik
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva saling bertukar ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua negara pada Khamis.
Xi berkata China sudi bersama Brazil terus mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan dua negara, memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, memperkaya konotasi hubungan bilateral pada era baharu, sekali gus memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Brazil.
Sementara itu, Lula menyifatkan hubungan Brazil-China semakin penting bagi membina order multipolar serta tadbir urus global yang lebih adil dan efektif.
Ia juga memainkan peranan sebagai penyangga kepada kestabilan dan kebolehramalan dua negara serta dunia, kata beliau.