Syarikat Ditubuh Guna Pelaburan Asing Terus Meningkat

2024-08-17 15:51:08  CRI
Share with:

Jumlah syarikat baharu yang ditubuhkan di China dengan menggunakan modal asing direkod sebanyak 31,654 dari Januari hingga Julai,  meningkat 11.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 


Menurut Kementerian Perdagangan China, penggunaan sebenar modal asing bagi tempoh tersebut mencecah 539.47 bilion yuan (RM333.66 bilion).