Filipina Dituntut Undur Kapal dari Lagun Terumbu Xianbin

2024-08-17 14:56:10  CRI
Share with:

Filipina dituntut memberhentikan aktiviti yang mencabul hak kedaulatan China dan mengundurkan kapal pengawal pantainya dari lagun Terumbu Xianbin serta-merta.


Kapal milik Pengawal Pantai Filipina (PCG) dilaporkan menceroboh masuk lagun Terumbu Xianbin dan berlabuh di sana tanpa mendapat keizinan.


Jurucakap Kementerian Luar China menyelar tindakan seumpama secara serius melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan mendatangkan ancaman kepada keamanan dan kestabilan perairan berkenaan.


Terumbu Xianbin merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha China, tegas jurucakap itu.


Menurut beliau, China mengemukakan bantahan keras kepada Filipina menerusi saluran diplomatik berhubung hal itu.


China akan mengambil tindakan tegas untuk membela kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim, di samping mempertahankan keseriusan DoC.