Pasaran China Pilihan Utama Pelabur Asing

2024-08-17 15:27:19  CRI
Share with:

Pasaran China penuh dengan kedinamikan, sementara kerajaan negara itu bertindak memperluas permintaan domestik dan menggerakkan transformasi hijau secara menyeluruh.

 

Naib Presiden Tesla Tao Lin membuat kenyataan seumpama menyusul prestasi ekonomi China bagi bulan Julai diumumkan pada Khamis.

 

Menurut Tao, kesemua unsur berkenaan menyediakan ruang pembangunan yang lebih luas kepada syarikatnya.

 

Laporan terkini oleh Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menunjukkan, lebih daripada 40 peratus syarikat asing yang ditinjau menganggap daya tarikan pasaran China semakin meningkat.

 

Dari manakah datangnya keyakinan modal asing terhadap pasaran China? Jawapan itu boleh didapati dalam operasi ekonomi negara Tembok Besar yang direkod pada bulan Julai.

 

Prestasi ekonomi China mengekalkan trend pembangunan mampan biarpun persekitaran antarabangsa agak rumit serta wujudnya gangguan jangka pendek seperti cuaca ekstrem di dalam negeri.

 

Kemantapan menjanjikan suasana kondusif untuk modal asing terus mengalir masuk ke pasaran China.

 

Pasaran mencipta peluang perniagaan. Pada masa ini, pasaran pengguna China terus dinaik taraf dengan mencetuskan tumpuan pelaburan dan peluang perniagaan baharu.

 

Inovasi merupakan daya penggerak utama kepada pembangunan mampan perusahaan.

 

Prestasi ekonomi China bagi Julai memperlihatkan kuasa produktif kualiti baharu negara ini semakin diperkukuh, dan momentum baharu menjadi enjin baharu untuk pertumbuhan ekonomi.

 

Seiring dengan pelaksanaan siri langkah pembaharuan, China akan terus memacu pemulihan ekonomi ke arah mencapai matlamat ditetapkan untuk sepanjang tahun ini, di samping berkongsi peluang pembangunan dengan dunia.

 

Di mata pelabur asing, pasaran China kekal sebagai pilihan utama bagi mereka yang ingin melebarkan sayap perniagaan di negara Tembok Besar.