Hamas Selar Netanyahu Enggan Perjanjian Gencatan Senjata Dicapai

2024-08-18 14:50:14  CRI
Share with:

Usul gencatan senjata di Gaza yang dikemukakan pihak pengantara tidak selaras dengan cadangan gencatan senjata yang dipersetujui Hamas awal Julai, kata jurucakap Hamas Jihad Taha pada Sabtu.


Jurucakap itu turut menyelar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak inginkan perjanjian gencatan senjata dicapai.


"Rundingan berkenaan hanya diperguna untuk menangguhkan masa dan mencipta suasana positif yang palsu serta terus melanjutkan operasi ketenteraan di Gaza," kata Taha.