Kian Banyak Pesawat C919 Diguna untuk Perkhidmatan

2024-08-19 14:25:18  CRI
Share with:

Mutakhir ini, pesawat penumpang bersaiz besar C919 yang dihasilkan Commercial Aircraft Corporation of China Ltd. (COMAC) mengikut pesanan Air China dan China Southern Airlines telah siap, dan mula melaksanakan penerbangan ujian.


Sejak bermulanya operasi komersial C919 lebih setahun lalu, semakin banyak pesawat yang dibangunkan China sendiri itu diserahkan untuk perkhidmatan penerbangan dengan laluan kian bertambah.

 

Menurut China Eastern Airlines, setakat 3 Ogos 2024, penerbangan komersial C919 kendalian syarikat itu berjumlah 3,133 kali melibatkan hantaran penumpang seramai 420,000 orang.