Pelanggaran di Perairan Terumbu Xianbin akibat Tindakan Melulu Kapal Filipina
Jurucakap China Coast Guard (CCG), Gan Yu menyatakan bahawa terdapat dua kapal milik Pengawal Pantai Filipina (PCG), iaitu kapal No.4410 dan No.4411 yang menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Xianbin di kepulauan Nansha China hari ini. Kemudian, kapal penguatkuasa CCG segera melakukan langkah kawalan terhadap dua kapal PCG itu.
Pada pukul 3:24 pagi tadi, kapal No.4410 PCG sengaja melanggar bot No. 21551 milik CCG yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya insiden pelanggaran antara kedua-dua kapal tersebut. Ternyata yang salah itu pihak Filipina.
Gan berkata, pihak Filipina didesak segera menghentikan tindakan provokasi seumpama itu, jika tidak, akan menderita sebarang akibat yang ditimbulkannya.
China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Nansha termasuk terumbu Xianbin, dan pasukan penguatkuasa CCG akan terus mengukuhkan kehadiran di perairan terbabit demi perlindungan kedaulatan wilayah, serta hak dan kepentingan negara.