China Kekal Keutamaan Diplomasi Vietnam - Presiden To Lam

2024-08-19 12:52:36  CRI
Share with:

“Adalah perlu untuk menegaskan lagi sempena lawatan kami kali ini bahawa China kekal berada di tangga pertama dalam diplomasi negara kami, iaitu yang paling diutamakan.”

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) yang juga Presiden Vietnam, To Lam berkata demikian di Guangzhou pada Ahad.


Beliau tiba di Guangzhou pada sebelah pagi semalam untuk memulakan lawatan rasmi ke China bermula 18 hingga 20 Ogos atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping. 


To Lam berkata, sejarah revolusi Vietnam berkait rapat dengan sejarah revolusi China. Pemimpin Parti dan negara generasi tua kedua-dua pihak pernah menjalin hubungan persahabahatan yang mendalam. Jasa China dalam perjuangan untuk pembebasan, kemerdekaan negara dan pembinaan sistem sosialis di Vietnam terpahat dalam hati rakyatnya. 


Semasa menghadiri sesi temu ramah dengan selebriti tempatan di Guangzhou, To Lam menyatakan bahawa mengimpau kembali jalan pembangunan yang dirintis bersama-sama Parti dan kerajaan kedua-dua pihak, Vietnam penuh bangga dan lebih menghargai persahabatan tradisional yang disifatkan sebagai “komrad + saudara”.