PM Baharu Thainland Jangkakan Kerjasama Lebih Banyak dengan China
Perdana Menteri baharu Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata, beliau menjangkakan lebih banyak kerjasama antara Thailand dengan China.
Demikian kata beliau ketika menjawab soalan wartawan Kumpulan Media China pada sidang media pertama selepas memegang jawatan perdana menteri Thailand pada Ahad.
Paetongtarn berkata bahawa Thailand dan China mengekalkan hubungan yang mendalam dan mesra untuk masa yang lama, dan beliau sangat teruja dengan setiap pertemuan dengan pemimpin China sebelum ini, yang kesemuanya diadakan dalam suasana ramah tamah.
Selepas menerima watikah pelantikan dari Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang turut dibaca oleh wakil Dewan Perwakilan Rakyat, Paetongtarn Shinawatra komited melakukan yang terbaik untuk memikul tanggungjawab perdana menteri dan membantu negaranya meningkatkan tahap ketersediaan peluang.