China, Penyokong Teguh ATT

2024-08-20 13:51:20  CRI
Share with:

China sejak sekian lama tidak pernah berganjak dari menyokong dan mengamalkan Perjanjian Perdagangan Senjata (ATT) serta memberi sumbangan proaktif kepada tata kelola perdagangan senjata dalam senario global.


Demikian dinyatakan Duta Besar China bagi Perlucutan Senjata, Shen Jian dalam Persidangan Ke-10 Pemeterai ATT di Geneva pada Isnin.


Menurut beliau, China konsisten dalam menggalas tanggungjawab dalam meneliti penyempurnaan mekanisme dasar dan peraturan tentang pengeksportan senjata, dengan menaati tiga prinsip utama, iaitu tidak "mengapi-apikan" situasi di kawasan berkonflik, tidak mempolitikkan isu perdagangan senjata, dan tidak memperalatkan ATT.


Untuk rekod, ATT yang berkuatkuasa bermula Disember tahun 2014, merupakan satu-satunya dokumen perundangan antarabangsa dalam bidang perdagangan senjata dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).