Xi Bertemu Mesra dengan Kontinjen China untuk Sukan Olimpik Musim Panas Ke-33
Perlunya terus giat mengembangkan sukan yang berpaksikan rakyat, membantu rakyat meningkatkan kesihatan melalui aktiviti-aktiviti sukan di peringkat kebangsaan, dan terus mengorak langkah ke arah mengharumkan nama negara dengan pencapaian sukan serta peningkatan tahap kesihatan rakyat.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengikuti sesi temu mesra dengan kontinjen China untuk Sukan Olimpik Musim Panas Ke-33 di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi.
Seiring dengan tepukan yang gemuruh, Xi atas nama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara mengalu-alukan kepulangan kontinjen itu, mengucapkan tahniah dan menyantuni mereka yang pulang dengan hasil yang cemerlang di samping menyampaikan salam kepada semua warga sukan di seluruh negara.