Filipina, "Si Pelik" Bermuka Dua di Laut China Selatan
Dua kapal milik Pengawal Pantai Filipina (PCG) menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Xianbin di kepulauan Nansha China pagi-pagi semalam.
Terdapat rakaman video yang mendedahkan bahawa kapal Filipina itu sengaja melanggar satu bot milik China Coast Guard (CCG) yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya insiden pelanggaran. Pasukan penguatkuasa CCG segera mengambil langkah yang profesional, bersabar dan bertepatan dengan prosedur operasi standard (SOP) terhadap kapal Filipina, dan semua tindakan terbabit dikesan selaras dengan undang-undang domestik dan antarabangsa.
Pada masa dua tahun kebelakangan ini, "gerak geri" Filipina pernah kerap kali didapati di perairan terumbu Ren'ai dan pulau Huangyan. Sekarang pula terumbu Xianbin, sebahagian kepulauan Nansha milik China dijadikan sasaran selanjutnya.
Sejak April lalu, Filipina sudah pernah bertindak mengukuhkan kehadirannya di lagun terumbu Xinbin melalui pencerobohan kapal PCG yang besar, dan seterusnya pencerobohan kali ini bertujuan menghantar bekalan logistik kepada kapal yang "bersarang" di situ .
Sejak penghujung bulan Jun lalu, Filipina mendakwa akan menambah komunikasi dan dialog dengan China melibatkan isu Laut China Selatan (LCS) melalui saluran diplomatik dan polis maritim demi perlindungan kestabilan situasi di perairan terbabit, sambil bertubi-tubi mencetuskan fenomena yang "berisiko tinggi" untuk mengacau-bilaukan situasi di LCS dan menarik kuasa dari luar rantau ini untuk mencampur tangan.
Modus operandi Filipina seumpama itu bukan sahaja tidak selari dengan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di LCS (DoC), malah menjadikan kedudukan pusat ASEAN dalam landskap keselamatan rantau ini dan hak serta kepentingan negara anggota lain ASEAN terjejas.
Buat masa kini, China dan negara-negara ASEAN sedang mendorong rundingan DoC dan bertindak pantas mempergiatkan kerjasama maritim.
Menyentuh tentang isu LCS, China sentiasa mengamalkan prinsip keamanan, menyarankan bahawa sebarang perselisihan patut ditangani melalui rundingan dan dialog antara negara-negara yang terlibat secara langsung, dan juga tidak pernah berganjak dari membela kedaulatan wilayah dan hak serta kepentingan maritim milik negara sendiri.
Filipina didesak memberhentikan aktiviti yang mencabul hak kedaulatan China dan mengundurkan kapalnya dari perairan China dengan serta-merta. Jika tidak, "si pelik" yang bermuka dua itu akan mendapat tamparan pada bila-bila masa.