Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Fiji
China dan Fiji, negara kepulauan di Lautan Pasifik yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan. China mengambil berat terhadap hubungannya dengan Fiji, bersedia memberi bantuan semampu mungkin kepada negara itu untuk memacu pembangunan sosioekonomi, dan bersama-sama mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Fiji demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Fiji, Sitiveni Rabuka di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam.
"China yang berada di landasan modenisasi yang berorientasikan pembangunan secara damai, tergolong sebagai "Selatan Global" sama seperti Fiji. Negara kami bersedia memberi bantuan kepada negara-negara kepulauan Pasifik dalam menghadapi perubahan iklim, dan meningkatkan kerjasama pembangunan supaya dapat mencetuskan fenomena tenteram, persahabatan dan kerjasama di lautan Pasifik," tambah Xi.
Sementara itu, Sitiveni Rabuka yang berada dalam jadual lawatan rasmi di China pula berkata, pihaknya menyanjung tinggi China yang mengekalkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, menyokong siri inisiatif global saranan Presiden Xi, bersedia meningkatkan penglibatan dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China, dan komited mendorong perkembangan hubungan antara negara-negara kepulauan di Lautan Pasifik dengan China supaya dapat memupuk suasana yang "pasifik" di rantau itu.
"Fiji memahami pendirian China dalam isu Taiwan dan akan terus mengamalkan dasar Satu China," tambah beliau.
"Kenyataan Bersama China-Fiji" turut diumumkan kedua-dua pihak.