Pesta Anggur Turpan Tarik Pengunjung
2024-08-21 19:15:53 CRI
Pesta Anggur Turpan Jalan Sutera edisi ke-30 berlangsung di bandar Turpan, wilayah Xinjiang baru-baru ini.
Acara itu menarik kunjungan tetamu dan pelancong dalam dan luar negara untuk menghayati budaya istimewa tempatan berkaitan buah anggur.
Terletak di 'latitud emas' yang paling sesuai untuk penanaman anggur, Turpan mengusahakan sebanyak 550 jenis buah anggur sehingga menjadi kawasan penanaman anggur terbesar China.