Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 Diadakan September

2024-08-21 15:24:56  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 bakal diadakan di Beijing pada 4 hingga 6 September.


Dalam satu sidang media anjuran pejabat penerangan Dewan Negara China pada Selasa, seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan memaklumkan bahawa "sembilan projek" telah dilaksanakan bersama-sama oleh China dan Afrika sejak tahun 2021, hasil perancangan untuk tempoh tiga tahun yang pertama bagi Wawasan 2035 Kerjasama China-Afrika.  


Dalam tempoh tiga tahun lalu, Afrika telah melahirkan hampir 9,000 bakat profesional dalam bidang pertanian melalui latihan yang dianjurkan oleh hampir 500 pakar yang dihantar China ke benua itu , yang dilihat sangat kondusif bagi pemodenan tempatan dalam bidang pertanian.


Penolong Menteri Perdagangan, Tang Wenhong menyatakan syarikat-syarikat China telah melaksanakan banyak projek sumber tenaga boleh baharu di Afrika, dan pengeksportan bateri litium dan produk fotovoltaik ke benua itu bertambah dengan ketara. 


Selain itu, China sebagai rakan dagang terbesar bagi Afrika untuk 15 tahun berturut-turut, telah bersama dengan negara Afrika membina lebih 10 buah makmal atau pusat penyelidikan dua hala untuk menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang sumber boleh diperbaharui dan ekologi pertanian.