Bina Bumi Keluarga Besar yang Harmoni: Xi
Presiden China Xi Jinping berkata China bersedia berganding tangan dengan pelbagai negara untuk mempromosikan dunia multipolar yang sama rata dan teratur, serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua pihak.
China akan terus menyokong Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) memperkasakan pertukaran dan kerjasama dengan Kesatuan Antara Parlimen (IPU), demi membina Bumi menjadi keluarga besar yang harmoni.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pemimpin parlimen negara-negara asing yang menghadiri aktiviti peringatan ulang tahun ke-40 keanggotaan NPC dalam IPU, di Dewan Besar Rakyat di Beijing, pada Selasa.
Pembinaan modenisasi di China bukanlah untuk kebaikan diri semata-mata, China bersedia bersama-sama negara-negara membangun lain untuk mendorong modenisasi dunia di mana pelbagai negara membangun secara damai, bekerjasama saling untung, dan makmur bersama, kata Xi.
Beliau berkata, China ialah anggota "Selatan Global". Oleh itu, bersatu padu dan bekerjasama rapat dengan negara-negara membangun adalah asas hubungan luar China.
Xi menyatakan, China akan terus menyokong NPC meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan IPU, meningkatkan pertukaran pengalaman legislatif dan tadbir urus negara, bersama-sama meningkatkan kemampuan dalam menjalankan tugas, agar membina iklim perundangan baik dan asas kalangan rakyat yang kukuh demi merapatkan persahabatan dan kerjasama antara negara-negara "Selatan Global".